2. Dalam konvensyen, Mubarak dilihat menguasi dan memandu dalam perbincangan kertas kerja yang akhirnya suara sebenar dari akar umbi disekat atau ditapis dan tidak sampai keatas sebagaimana yang dikehendaki oleh Presiden parti. Tidak lagi ada ketelusan.
3. Pasdec, dalam projek perumahan/rumah kedai yang dibina sama ada oleh Pasdec atau diatas tapak tanah milik Pasdec dijual dengan harga tinggi yang tidak mampu milik oleh kebanyakan orang Melayu. Kerana itu kebanyakannya terjual kepada kaum Cina dan akhirnya orang Melayu terpinggir. Pasdec sepatutnya sediakan kuota bagi premis perniagaan untuk bangsa Melayu jika tidak akan menyebabkan dimonopoli oleh bukan Melayu.
4. Dalam kes tertentu ada Majlis Perbandaran merobohkan gerai perniagaan yang diusahakan oleh orang Melayu. Apakat sudah tidak ada pertimbangan dan tolakansur bagi orang Melayu yang sedang bertatih untuk berniaga? Orang Melayu sudah tidak ada lagi keistimewa di negara sendiri.
5. Umno perlu mengawasi penjawat awam yang merupakan duri dalam daging yang sentiasa menikam Umno dari belakang. Ahli Umno tidak lagi dapat berbangga terutama bila berurusan dengan pejabat kerajaan, jika kita ahli Umno, permohonan kita akan diabaikan kerana penjawat awam adalah dari kalangan pembangkang yang hanya akan memberikan kesempatan dan membantu sesama mereka saja. Ini juga terjadi kepada tender pembekalan makanan dengan kementerian pendidikan. Kegagalan pemimpin Umno memantau kakitangan awam yang pro pembangkang membuatkan ahli Umno kecewa. TS Muhyiddin kena buka mata dan bersedia kerana ahli Umno ingin membalas dan meghukunnya kerana janji yang tidak ditepati.
6. Konvensyen Wanita UMNO Malaysia pada 20hb februari 2010 dari 9.30 pagi hingga 4.30 ptg. Sesi itu dan sesi ini, ucap itu dan ucap ini, forum ‘Wanita UMNO nadi Transformasi & Inovasi Negara’ dari 10.00 pg hingga 1.00 tgh hari. Sungguh cekap wanita UMNO, hanya dalam 3 jam segalanya boleh diselesaikan, agenda transformasi. Apakah segalanya telah tersedia dan wanita hanya hadir untuk menganggukkan kepala. Namun agenda tersembunyinya, terutama Negeri Sembilan dan Pahang - TS Muhyiddin harus disedarkan, jangan sampai tertikam belakang.