Saturday, February 20, 2010

KONVENSYEN UMNO DAN PR PAHANG

Perasamian Konvensyen UMNO Pahang




19hb Feb.2010
3.00 petang


Kebetulan hari itu saya berada di Maran dan saya mengetahui PM DS Najib akan ke UiTM Jengka merasmikan Konvesyen UMNO Pahang, saya mengambil keputusan untuk kesana walau tiada undangan.

Pada majlis perasmian dianggarkan 2ooo yang hadir termasuk lebih 1000 peserta yang akan berkampong selama 3 hari dan membincangkan sebanyak 60 kertas kerja. Seperti biasa pemimpin berucap dengan semangat berkobar-kobar mengharapkan berlaku tranformasi didalam UMNO dan dengan segera kerana PRU13 yang semakin hampir, tetapi dari apa yang saya lihat UMNO masih UMNO yang dulu juga - setiap ucapan diikuti dengan tepukan gemuruh namun setelah tepukan itu mati mereka kembali seperti semula juga. Siapakah yang berubah?

Saya masih ingat semasa menyertai PAU pada zaman Tun Dr. Mahathir, apabila Tun berucap dan menempelak mengenai rasuah politik maka semua yang hadir bertepuk dan mencerca perbuatan rasuah politik, namun pada masa yang sama merekalah yang telah memberi dan menerima rasuah berkenaan. Justru siapakah yang berubah? Saya tidak yakin UMNO akan berubah atau banyak berubah selagi masih ada mereka yang sekarang ini yang masih berkuasa. Merekalah yang patut berubah dan memberikan laluan kepada muka baru sekiranya mereka benar-benar sayangkan UMNO.

Saya keluar dewan kerana bosan melihat lakonan hipokrit ahli-ahli UMNO ini. Diluar dewan saya bertemu blogger Parpukari dan Tun Faisal dari Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO. Kami sembang mengenai peranan media sosial terhadap masyarakat. Kami setuju bahawa facebook hanyalah sampah bagi politik dan blog memberikan impak yang lebih baik dalam propaganda dan mempengaruhi masyarakat.

Saya tertarik dengan isu generasi pertama blogger Pahang yang dipinggirkan oleh UMB Pahang apabila membentuk UMB negeri dan keutamaan yang diberikan hanya kepada facebook dengan memperkecilkan peranan blog. Kita mendengar ada keretakan dan perebutan diantara orang tertentu dalam mengendalikan UMB Pahang. Namun janganlah ini melibatkan generasi pertama blogger Pahang dipinggirkan kerana merekalah kumpulan awal yang dilihat berjuang tanpa anjakan dari sesiapa dan tanpa inisiatif apa-apa namun kelihatan kommited dalam usahanya.

Patutlah kebelakangan ini kebanyakan blogger generasi pertama Pahang perlahan-lahan menyepi. Jika benarlah ini yang berlaku maka malanglah nasib negeri Pahang. Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin UMNO masih seperti dulu juga. Kami juga memperkatakan KJ yang mengambil kesempatan terhadap acara yang dianjurkan oleh organisasi lain disaat akhir untuk mendapat sedikit 'political millage'. Itu mengenai demonstrasi aman beberapa hari lalu. Lagi, pemimpin UMNO masih belum berubah.

Esok akan ada Konvesyen Peneroka Felda di Pusat Markas Tarbiah Pas di Kg. Temin, Jerantut. Malamnya akan ada pula siri ceramah oleh DS SAnwar Ibrahim dan turut serta Zaid Ibrahim, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Fauzi Abd Rahman, DS Chua Jui Meng dan Bekas Speaker Haram V.Sivakumar. Tanpa prejudis, saya pasti disini lebih hangat dan saya mendengar ada dikalangan UMNO yang akan turut menghadirinya bagi mendengar ucapan DS Anwar. Pasti saya juga kesana, Insyallah untuk mendengar bagi dapat memberikan pertimbangan yang adil.

Selamat berkonvesyen UMNO Pahang. Selamat bertransformasi ahli-ahli dan terutama pemimpin-pemimpinnya. Jika gagal berubah pasti rakyat akan mengubahnya. Saya menjangkan PRU13 nanti akan mengubah lanskap politik negeri Pahang kerana kita merasakan ada gelombang hijau yang sedang bergelora. Ini bukan amaran untuk menakutkan tetapi bagi UMNO untuk sentiasa bersedia dan jangan terlena.

Selamat berkonvensyen juga Peneroka Felda. Selamat mendengar ceramah dari DS Anwar. Namun anggaplah ini hanya satu hiburan semata-mata. Politik hanyalah permainan golongan elit dalam masyarakat dan kita rakyat marhaen hanyalah bidak-bidak catur.

UMB Pahang mesti diperkukuhkan. Blogger generasi pertama mesti dihargai dan dibabitkan dalam UMB kerana setakat ini masih belum ada blogger yang dilahirkan oleh UMB hasil dari kursus yang diadakan dulu. Mereka masih lemah dan langsung tidak ada semangat juang. Mereka perlukan bimbingan dari yang lebih berpengalaman. Jangan biarkan blogger UMB ni menjadi pondan-pondan yang bersembunyi dilorong-lorong gelap.




1 comment:

Cheguman said...

salam,
Saya memahami perasaan saudara. nampaknya nasib blogger generasi kita sama sahaja di mana-mana. namun saya anggap ini sebagai cabaran utk kita. Itu sebabnya saya menyokong usaha Panglima menubuh dan mengukuhkan BPN. Kita perlu bersatu bagi membela nasib kita sendiri.

Live Traffic Feed