Sunday, January 24, 2010

Perpaduan Melayu dan Perkasa

Logo sebenar Pertubuhan Pribumi Perkasa


YB Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa



Salam ulkhwah,

Selepas subuh mengisi masa melawat blog-blog politik tanahair. Baca segala yang sempat dibaca, sebelah sini dan disebelah sana. Nampaknya semuanya sama saja. Teguh diatas paksi masing-masing dan berjuang menegakkan pendirian yang masing-masing rasai merekalah yang benar.

Mungkin ada yang mendukacitakan, melihat perpecahan umat Melayu semakin ketara dan sudah semakin jauh dari titik pertemuan semula. Sekurang-kurang tidak akan ada pertemuan diantara 2 kelompok besar Melayu dalam politik iaitu Umno dan Pas.

Justru, bagaimana lagi Melayu akan dapat bersatu semula? Kerana perpecahan hanya akan merugikan anak bangsa pada hari muka. Alternatif harus didapati, dan buat masa ini tidak ada yang lain selain dari Pribumi Perkasa.

Saya temui mengenainya diblog House PK aka Parpu Kari (klik). Menarik juga tulisannya namun logo Perkasa itu dibayangi oleh logo Umno dibelakangnya. Saya tak pasti sama ada apakah ini logo resmi Perkasa? Jikalau ya, saya rasa Perkasa tdak akan mencapai hasratnya kerana pengikut-pengikut Pas sudah tentu takut akan bayangan Umno itu.

Hari ini, 24hb. Jan.2010 jam 2.oo Petang di Dewan Tun Razak, Temerloh, Perkasa Negeri Pahang akan dilancarkan dan perasmiannya akan dibuat oleh MB Pahang YAB Dato' Sri Adnan Yaakob. Blog Perkasa Pahang boleh dilawati disini (klik)

Banyak Perkasa telah ditubuhkan dinegeri masing-masing, antaranya Wilayah Persekutuan, Sabah, Kedah dan Melaka . Harap Perkasa akan mengubah iklim politik tanahair dan membawa perubahan positif kepada bangsa Melayu.

Namun seperkara yang harus diperhatikan, janganlah nanti Perkasa dijadikan sebagai gudang atau setor tempat dimana akan dilambakan barang-barang lusuh, yang saya maksudkan adalah, janganlah nanti Perkasa dijadikan tempat dimana pemimpin-pemimpin Umno yang telah tergelincir menjadikannya platform untuk mendaki semula.

Jika itu berlaku, rakyat mungkin akan menolaknya kelak. Namun bukan bermakna tidak boleh ada langsung bekas-bekas pemimpin Umno yang menyertai dan menerajuinya, cuma bilangan mereka haruslah berimbang dengan tidak menolak mereka dari Pas serta badan-badan bukan kerajaan lainnya. Pokoknya, harus ada percampuran yang seimbang.




Saturday, January 23, 2010

Live Traffic Feed